Thursday, September 19, 2019

JENIS-JENIS NAJIS

Najis dari segi syarak adalah tiap-tiap benda yang kotor iaitu tidak sah solat sekiranya hadir pada badan, pakaian dan tempat ia mengerjakan solat.

Jenis-jenis najis
1. Najis Mukhaffafah
    - Najis yang ringan
    - Contoh: Kencing kanak-kanak yang belum capai umur 2                      tahun.
2. Najis Mutawassitah
    - Najis selain dari najis mukhaffafah dan juga najis                    mughallazah
    - Dikenali najis pertengahan
    - Contoh: Kencing kanak-kanak yang sudah capai umur 2                      tahun yang meminum susu selain susu tepung
3. Najis Mughallazah
    - Najis yang berat
    - Contoh: Anjing atau babi dan keturunannya dari kedua-                        duanya atau salah satunya
KHINZIR/BABI
ANJING









Cara-cara  menyucikan najis
1. Najis Mukhaffafah
    - Percikan air yang diratakan pada najis. Sehingga air              tersebut hilang 
2. Najis Mutawassitah
    - Memastikan najis tersebut hilang rasanya,warnanya dan        baunya
3. Najis Mughallazah
    - Haruslah dibasuh 7 kali iaitu sekali air tanah, iaitu air              yang dicampur dengan tanah yang suci, 6 air mutlak 
AIR MUTLAK
PERSOALAN DAN JAWAPAN ISU SEMASA BERKAITAN NAJIS
1.    Jenis-jenis najis ialah ………………………………..
     A.        Muhafffafah,  mutawassitah dan mughallozah
     B.        Mutawassitah, hukmi dan mughallazoh
     C.        Mughallazah, aini dan mukhaffafah
     D.        Hukmi, ‘aini dan mutawassitah

2.     Berikut adalah jenis najis Mughallaazoh                                  ……………………………
      A.        bangkai, sotong dan  udang
      B.        anjing dan babI
      C.        tahi ayam, cicak da itik
      D.        arak dan dadah

3.    Bagaimanakah cara menyucikan Najis Muhallazoh ?              A.    Cuci tempat yang terkena najis itu.                                    B.    Cuci tempat terkena naijis hilang baud an rasanya                  sahaja.                                                                              C.    Cuci tempat terkena najis hingga hilang bau , warna                dan rasanya.                                                                      D.    Cuci tempat najis, sekali air tanah dan enam kali air                mutlak hingga hilang bau, warna dan  rasanya.

RUKUN ISLAM



RUKUN ISLAM MEMPUNYAI 5 IAITU:

1. Mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan          Haknya.
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu


Amalan Kalimah Syahadah


Perintah pertama Tuhan untuk manusia adalah mengucapkan 2 kalimah syahadah iaitu 'Saya Bersaksi Tiada Tuhan selain Tuhan dan Nabi Muhammad Pesuruh Tuhan'. Setelah manusia mengaku Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad ialah pesuruhnya, dia telah melakukan kebaikan terbesar disisi Tuhan. Setelah ini Tuhan menyuruh kita untuk menunaikan Hak Kalimah  iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.  
   Kalimah Syahadah






Tiada Tuhan Melainkan Tuhan;
Muhammad Itu Pesuruh Tuhan.

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18)

Solat


Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan.
" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103)
Waktu Solat telah ditentukan masanya
  • Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
  • Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
  • Solat Asar (Waktu petang)
  • Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
  • Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)

Puasa


Bermaksud menahan anggota badan dari perkara yang menbatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Contoh :- Menahan diri dari makan dan bercakap sia-sia,
" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)

Zakat


Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.
" Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah Al-Baiyinah : 5)


Menunaikan haji

Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Semasa haji, umat Muslim tiba di Pelabuhan Jeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah, umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggil Ihram. Kaya atau miskin, hitam atau putih, semuanya berdiri sama rata.Semasa haji para Muslim mengingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Penyelidik Muslim dan Barat mendapati cara penunaian haji ini berasal dari cara Nabi Muhammad s.a.w. melakukannya

Tuesday, August 27, 2019

PUASA



DEFINISI
BAHASA:Menahan diri
ISTILAH:Menahan diri daripada makan, minum, dan                             perkara-perkara yang membatalkan puasa  
            bermula dari terbit fajar sehingga terbenam                        matahari serta niat.


SEJARAH PENSYARIATAN PUASA:Tahun ke-2 Hijrah 


DALIL PENSYARIATAN PUASA:
Firman Allah Taala: 

Maksudnya : “Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu PUASA sebagaimana yang telah diwajibkan kepada umat yang terdahulu daripada kamu, moga- moga kamu bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah : 183)

DALIL PENSYARIATAN PUASA RAMADHAN:

Firman Allah Taala: 

Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara benar dan salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa”. (Surah Al-Baqarah : 185)

HUKUM MENINGGALKAN PUASA PADA BULAN RAMADAN 

1. Sesiapa yang tidak berpuasa tanpa mengingkari                    kewajipannya,  dia menjadi fasiq. 
2. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya      daripada makan dan minum pada waktu siang.

PERKARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:
  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka
  3. Muntah yang banyak (dengan sengaja)
  4. Menelan kahak atau hingus yang telah keluar dari rongganya
  5. Melakukan hubungan kelamin (antara suami isteri)
  6. Melakukan Istimna’ (mengeluarkan air mani)
  7. Keluar darah haid atau nifas
  8. Gila atau pitam sepanjang hari Ramadan
  9. Sengaja berniat untuk membatalkan puasa
  10. Murtad


SOALAN DAN JAWAPAN ISU SEMASA BERKAITAN PUASA:
1. KETIKA SEDANG BERSAHUR, AZAN SUBUH                    BERKUMANDANG. LALU DIA MENELAN BAKI                  MAKANAN ATAU MINUMAN YANG MASIH ADA DI              DALAM MULUTNYA. ADAKAH BATAL PUASANYA?

Ya. Batal puasanya, dan dia wajib Imsak sepanjang hari tersebut, iaitu dia hendaklah meneruskan puasanya seperti biasa walaupun ianya telah batal. Kemudian dia hendaklah menggantikan puasanya itu. Sama juga dengan orang yang sedang melakukan hubungan kelamin antara suami dan isteri, tiba-tiba azan subuh berkumandang. Jika pasangan suami dan isteri itu tidak mengakhiri hubungan tersebut, maka batallah puasanya.
2.BOLEHKAH MENGOREK HIDUNG ATAU TELINGA             KETIKA SEDANG  BERPUASA?
Harus mengorek hidung atau telinga kerana gatal, atau ingin membersihkannya. Para ulama’ dalam mazhab As-Syafie menghadkan harus mengorek hidung dan telinga tidak sampai pada had batin. Sekiranya mengorek hidung atau telinga dengan tanpa apa-apa tujuan atau keperluan, maka hukumnya adalah makruh.
3.BAGAIMANAKAH PULA HUKUM SESEORANG YANG       BERPUASA TIDUR DI SEPANJANG HARI RAMADAN?
Tidur adalah perkara yang diharuskan oleh syarak melakukannya pada bila-bila masa yang dikehendaki. Namun, perbuatan tersebut menjadi makruh apabila seseorang yang berpuasa itu tidur di sepanjang hari Ramadan, kerana dia telah mensia-siakan peluang untuk mempertingkatkan beribadah di bulan Ramadan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.